Selasa, 11 Jun 2013

DOA SEBAGAI SENJATA SESEORANG MUKMIN

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Saudara Islamku :)

Doa, Doa, Doa, dan Doa!

Itulah tajuk perkongsian kita seterusnya..


Doa kepada Yang Maha Esa adalah tanggungjawab setiap insan yang bergelar khalifah Allah S.W.t...Khalifah menurut bahasa bererti: menggantikan atau menempati tempatnya atau adalah orang yang datang setelah orang lain, lalu menggantikan tempatnya.Dalam pengertian syara’, Khalifah digunakan untuk menyebut orang yang menggantikan Nabi S.A.W. dalam kepemimpinan Negara Islam. Khalifah adalah kepemimpinan umum bagi kaum muslimin seluruhnya di dunia, untuk menegakkan hukum-hukum syariah Islam dan mengembang dakwah Islamiyah ke seluruh dunia.Kesimpulannya khalifah adalah orang yang mewakili umat dalam urusan kekuasaan dan penerapan hukum-hukum syara'.




Susah kite nk berdoa??

Mudah, mudah sangat mudah wahai saudaraku..Percayalah Doa adalah menjadi perisai kita untuk menjadi penyelamat kita di akhirat kelak..Menadah tangan smbil ikhlaskan di aty ape hajat kita...Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Mendengar doa hambanNya...Jangan langsung kita rasa jemu untuk berdoa dan tidak berputus harap walaupun skali jika doa yang kita pinta tidak dikabulkan..


Saya disini ini kongsi lagi kepada anda semua TEMPAT-TEMPAT BERDOA YANG MUSTAJAB:


* Apabila melihat Baitullah (Kaabah) di Makkah.

* Ketika melakukan Tawaf mengelilingi Kaabah.
* Di dalam Kaabah.
* Di sisi Multazam dan Hijr Ismail.
* Ketika melihat masjid Rasulullah di Madinah.
* Di sisi telaga zamzam.
* Di atas Bukit Safa' dan Marwah.
* Di belakang Makam Nabi Ibrahim.
* Di Muzdalifah pada malam 10 Zulhijah.
* Di padang Arafah pada 9 Zulhijah.
* Di Mina pada Hari Tasyriq.
* Di dalam masjid.
* Di sisi Jamratul Aqabah pada 11,12,13 Zulhijah.


Wallahualam....

Semoga dengan ilmu yg sikit ni kita dpt manfaat bersama dan syafaat dari Yang Maha Esa iaitu Allah S.W.T...


*cebisanilmudarifaheem*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan